BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 30, 2011

Roti Telur Istimewa…




Bahan2nya:
1 biji telur
esen Vanilla
Cinnamon
cornflakes (diramas2)
Butter
10ml susu segar
sedikit garam
2 keping roti


Cara membuat:
1.Pukul telur dgn susu segar, kemudian masukkan setitik esen vanilla....
2.Selepas tu secubit serbuk kayu manis dan garam pukul hingga sebati.
3.Celupkan roti ke dlm bacuhan telur tadi kemudian taburkan cornflakes.
4.Masak dgn butter sehingga keemasan....Siap utk dimakan...





mama izah :)

Sunday, August 21, 2011

Apam Polkadot...

Telor dinosaur




Bahan-bahan 

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@coklat ikut suka kaya pun boleh
  • pewarna



cara-cara :


1.pukul gula dan telor hingga kembang...
2.masukkan semua bahan dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
3.bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
4.masukkan adunan yg telah diwarnakan ke dlm papercup 1/4 kemudian masukkan filling....dan masukkan adunan yg sama hingga penuh
5.last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak



mama izah :)

Cornflakes cookies




Bahan-bahan:


1 buku butter 250gm
1 cawan tpg gandum 
2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu teh baking powder
1 biji telor ( kuning sahaja )
2 cawan cornflakes


Cara membuat :
1. Masukkan butter dan gula pukul hingga sebati....
2.Kemudian kuning telur...kacau bg sebati
3.Masukkan esen vanilla...
4.Masukkan tpg, tpg jagung, baking powder n cornflakes adunkan sehingga menjadi doh...jika adunan lembik bolehlah tambah tpg jagung...
5.Gentel bulat2 mcm guli saiz ikut suka....
6.Kemudian golek2 atas cornflakes lepas tu  tekan2 atas tapak tangan bg leper...
7.Bakar pada suhu 180 selama 10-12 minit atau kekuningan...




mama izah :)

Sunday, August 14, 2011

Milk Cookies


Bahan-bahan:
250gm tepung jagung
1 tin kecil susu pekat manis ( jgn habiskan )
1 sudu baking powder
butter
pewarna ikut suka...


Cara-cara:
1.Gaulkan tepung + susu tuang sikit-sikit....
2.bila tepung dan susu dah sebati tambah butter utk menjadi doh
3.bahagikan doh kepada dua bahagian atau ikut suka nk jdkan 3 warna pun boleh ikut selera...
4.bakar dlm oven pada suhu 180 selama 10-15 minit...tgg sejuk baru alih...kerana biskut amat lembut...


mama izah :)

Tuesday, March 1, 2011

Nasi Goreng Telur Masin

Bahan-bahan:
Sotong potong bulat
isi ayam potong dadu
lobak potong dadu
2 sudu sos ikan
sedikit garam
telor masin
bawang putih n merah ditumbuk
daun limau

Cara:-
1.Tumis bwg hingga garing, masukkan sotong,ayam,lobak sos ikan.
2.Kemudian pecahkan telur masin gaul sampai kuningnya pecah.
3.Bila telur kuning dah masak masukkan garam,daun limau n nasi, kacau sebati...
4.Siap utk dimakan....





mama izah :)

Wednesday, February 16, 2011

Classic Oreo Cheese



Bhn:-


4 pek krim cheese
180 gm gula 
1 sudu besar krim masam
1 sudu teh esin vanilla
4 biji telor
2 sudu besar tepung gandum
1/2 paket oreo- buang krim 
1/2 paket oreo-dikisar halus


Bhn utk base:-


140 gm mentega
120 gm gula 
2 biji telor
120 gm tpg gandum
25 gm serbuk koko


Caranya:-
1.Utk base. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2.Masukkan telur adun sebati, kemudian masukkan tpg dan koko.
3.Masukkan dlm acuan bakar separuh masak.
4.Utk cheese pulak. Putar krim cheese dan gula, speed medium hingga sebati.
5.Masukkan krim masam dan vanilla kacau sebati.
6.Masukkan telur satu persatu,speed medium.
7.Biskut yang telah diasing krim td ditabur ke dlm aduan cheese, gaul perlahan-lahan.
8.Tuangkan kedlm aduan yang dibakar tadi.
9.Bakar selama 55 minit atau sehingga masak.
10.Kemuadian taburkan serbuk oreo diatas kek.Sejukkan seketikan sebelum disimpan dlm peti ais.
11.Simpan dlm peti ais sekurang-kurangnya 4 jam.


Selamat mencuba…..





mama izah :)

Wednesday, January 5, 2011

Minum petang...







Muffin coklat    



Bahan2nya:
250gm tpg gandum


150gm gula pasir ( bg yg suka manis boleh letak lebih sedikit)
2 sudu teh serbuk penaik
1 biji telur
250ml susu segar
60gm mentega (dicairkan)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cwn kismis
1/2 cwn coklat chip
3 sudu makan serbuk koko


cara2nya:
1.Masukkan tpg gandum,serbuk penaik,serbuk koko,kismis dan coklat chip.
2.Pecahkan telur,esen vanilla,gula pasir,susu segar dan mentega didlm bekas yang lain pukul sehingga sebati.
3.Tuangkan adunan ke dlm mangkuk yang berisi campuran tpg tadi, kacau sehingga sebati dgn senduk kayu.
4.Tuangkan dlm acuan kertas...dan taburkan lebihan coklat chip dipermukaan atas.Bakar  pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit/ masak.Sedia untuk dihidang


Dpt menghasilkan 10 biji muffin....sesuai utk minum petang






mama izah :)